Tuesday, December 25, 2012

Talam Cendol




Resepi ni saya ambil dari yatiememories . Jom kita kongsi sama-sama yer. Pertama kali buat
terus menjadi tapi saya kurangkan sedikit kepekatan santan sebab saya tak suka terlalu lemak. Tapi maaf yer gambarnya tak berapa cantik. Tapi rasanya memang sedap , siap boleh   
bagi kawan-kawan. Semua kawan puji sedap dan tanya " order dari mana....?" Tersenyum saya mendengar pertanyaan kawan-kawan.




Lapisan bawah
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat* (saya guna 200ml santan 50ml air jer)
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A

  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat (saya guna 100ml santan 150ml air)
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit



Monday, December 24, 2012

Baju Kurung



Assalamualaikum semua.

Baju kurung ini , saya jahit sendiri, kainnya pemberian kawan-kawan sempena pertukaran saya ke tempat kerja baru..Terima kasih banyak2 kepada sahabat ku , Kalian sentiasa dalam kenangan.

Sunday, December 23, 2012

Ikan Siakap Masak Masam Manis




Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap.
3 biji bawang merah.
1 ulas bawang putih.
½ inci halia (dihiris)
3 sudu makan sos tomato.
2 sudu makan sos cili.
1 biji ili merah (saya guna cili padi)
Daun sup dan daun ketumbar (saya gantikan bunga kubis, kcg buncis dan carrot)
1/2cawan air.
½ biji tomato
Minyak
Garam
Kunyit.


Cara-cara :

1.       Ikan di lumur dengan garam dan kunyit.
2.       Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
3.       Tumis bawang merah, bawang putih, halia
4.       Masukkan sos tomato, sos cili dan air.
5.       Kemudian masukkan lobak merah,kacang buncis, cili padi dan bunga kubis.
6.       Masak hingga pekat dan tuang di atas ikan siakap.
8.       Hidangkan.



Sunday, December 16, 2012

Ayam Panggang Madu


Roti Jala



Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan air.
1 biji telur.
Sedikit pewarna kuning.

Cara-cara :

1. Campurkan tepung gandum dan air. kacau sebati, lebih mudah gunakan blender
2. Masukkan telur dan kacau  lagi.
3. Masak roti jala menggunakan kuali leper dengan menggunakan acuannya


Selamat Mencuba.







Ikan Masak Masam Manis


Saya gunakan resepi dari buka 1 Hari 1 Resepi tapi saya ubahsuai mengikut citarasa dan selera sendiri. 

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap.
3 biji bawang merah.
1 ulas bawang putih.
½ inci halia (dihiris)
3 sudu makan sos tomato.
2 sudu makan sos cili.
1 biji ili merah (saya guna cili padi)
Daun sup dan daun ketumbar (saya gantikan bunga kubis, kcg buncis dan carrot)
1/2cawan air.
½ biji tomato
Minyak
Garam
Kunyit.


Cara-cara :

1.       Ikan di lumur dengan garam dan kunyit.
2.       Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
3.       Tumis bawang merah, bawang putih, halia
4.       Masukkan sos tomato, sos cili dan air.
5.       Kemudian masukkan lobak merah,kacang buncis, cili padi dan bunga kubis.
6.       Masak hingga pekat dan tuang di atas ikan siakap.
8.       Hidangkan.


Saturday, December 15, 2012

Talam Suji



I get this recipe from myresipi.com....i try this for the first time and i can make it.i'm so happy...
Thanks  a lot to the owner of the recipe. My children really like it..thank you so much..

Bahan-bahan :

Lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung suji.
4 cawan santan pekat.
¾ cawan gula (saya guna ½ cwn je)
Sedikit garam dan pewarna kuning.

Lapisan atas :

4 cawan santan pekat (saya guna  kurang pekat)
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan tepung gandum.
3 sudu besar gula.
1 cawan gula merah.

Cara-cara :

1.       Sediakan periuk pengukus dengan mendidihkan air
2.       Sementara menunggu air periuk pengukus mendidih masukkan semua bahan lapisan bawah  dalam periuk. Kacau rata dengan api perlahan hingga pekat.
3.       Masukkan bahan yang telah pekat ke dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 minit.
4.       Masukkan bahan lapisan atas dan buat seperti langkah 1 - 3
       Apabla telah masak, biarkan sejuk, potong dan hidangkan






Wednesday, December 12, 2012

Learn To Cook For Free

Have you ever wondered where you should go and learn to cook for free. Money is always the issue when its come to cooking class. There are websites that you can learn how to cook through provided recipe. Free cooking websites are all over the places. There are number of websites or blogs that provide free recipe for you.No matter what your level of cooking  Let me share with you. Thanks to the owner of the websites and blogs.

www.myresepi.com
www.yatiememories.blogspot.com
www.tiffinbiru.com





Sunday, December 2, 2012

Kuih Talam




Bahan-bahan :

Lapisan Bawah :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah.
5 cawan air.(umie guna 4.5 jer)
2 sb tepung ubi.

Lapisan Atas :

1 cawan tepung beras.
1 cawan santan pekat,
2 cawan air


Cara-cara :

1. Masakkan gula merah + air hingga hancur, tapis dan biar sejuk

2. Campuran tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tapis.

3. Kacau di atas dapur hingga agak pekat .Sementara tu panaskan didihkan air dalam
    periuk pengukus.

4. Sapukan loyang dengan minyak. Masukan adunan dan kukus selama  15 minit.

5.Setelah masak lapisan. masukkan adunan lapisan atas.

Selamat Mencuba



Hebatnya Seorang Wanita


Lihatlah kehebatan seorang wanita!!!


*seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

*seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh,

*seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

*dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil,

*wanita yang memberi minuman s*** ***a kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik s*** yang diberikannya.

*wanita yang melayan suaminya yang pulang dari kerja ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

*wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

*wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

*wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjihad ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

*wanita yang tidak cukup tidurnya pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Friday, November 30, 2012

Ayam Panggang Madu




Bahan-bahannya :

2 ketul besar ayam
5 ulas bawang  merah
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
Kunyit
Garam.
Madu.
Kicap

Cara-cara :

1. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat bersama sedikit 
    garam..
2. Masukkan kunyit, madu dan kicap.
3. Lumurkan pada ayam.
4. Perap sekurang-kurangnya sejam.
5. Panggang sehingga masak.
6. Sedia untuk di makan, enak  di makan begitu sahaja.


Selamat Mencuba.












Wednesday, November 28, 2012

Bebola Keledek





Bebola keledek


Resepi ni umie ambil dari buku Chef Hanieliza nanti umie bagi yer....sambungan..

Ok ini respinya yang sama dengan kuih keria cuma umie ubahsuai bentuknya ..anak2 suka makan,

kalau bentuk kuih keria yang biasa tu ..anak-anak tak sentuh pun...katanya ini bukan kuih donut




Bahan-bahannya :

500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa.
1 cawan gula
1/2 cawan air.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

1. Buang kulit dan rebus keledek bersama garam secukup rasa hingga empuk.

2. Toskan dan lecek keledek semasa masih panans.

3. Gaulkan tepung gandum hingga sebati.

4. Bentukkan menjadi bebola goreng hingga kekuningan dan angkat.

5. Untuk salutan gula, masak gula dan air hingga hancur dan pekat.

6. Tutup api dan masukkan bebola keledek.

7. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba

Ikan Bawal Masak Masam Manis






Saturday, November 17, 2012

SAMOSA



Bahan- bahan :

4 biji kentang (Potong dadu kecil dan rebus)
2 sudu serbuk kari
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih.
Kulit Popia

Cara-cara.
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih .
2. Masukkan serbuk kari, masak hingga wangi.
3. Masukkan kentang yang telah di rebus, gaul sebati, hingga agak kering, angkat sejukkan.
4. Masukkan inti yang telah sejuk ke dalam kulit popia, bentukkan segi tiga atau empat segi.
5. Goreng dengan minyak yang sederhana. Sedia untuk di hidang

   SELAMAT MENCUBA. 

Tuesday, September 18, 2012

Agar-agar Cocktail

Resepi ni umie baru dapat dari kawan tadi tapi belum sempat mencuba..dah banyak kali kawan umie bawa untuk di makan bersama kawan-kawan. Bila umie minta resepinya... ada sorang kawan umie , yang berlainan jantina..kata "Hai ..resepi tu jangan di buat koleksi jer, masak dan bawak ke sini..." Dia tak tau umie ni suka masak, hehehe puji diri sendiri..Tak pe ..tunggguuuu!. nanti umie buat bagi dia makan puas-puas hehehe ..entah bila nak buat nya..tapi senang giler resepinya ..rasa2nya boleh di buat dengan kadar segera kut..

Bahan :

20 gram agar-agar,
6 cawan air
1 tin besar coctail
1 cawan gula
1 tin susu cair

Cara-cara:

1. Masak agar2 dan air hingga larut.
2. Masukkan gula kacau rata.
3. Masukkan cocktai bersama airnya, masak hingga buah-buahan timbul
4. Masukkan susu cair, masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau agar susu tidak berketul
5. Masukkan dalam acuan. Biar sejuk.

Thursday, September 6, 2012

Puding Jagung.





Kali pertama umie masak puding jagung ni ..anak-anak kata mmm,.. sedapnya... dah habis di makan .. anak-anak umie minta lagi..tak cukup katanya.... esoknya umie buat lagi...di atas tu gambarnya..., puding senang  di buat ,..sedap pula tu....

Bahan-bahan :

1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
2 cawan air.
1.5 cawan susu cair.

Cara -cara :

1. Campurkan  semua bahan.
2. Kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat.
3. Masukan dalam bekas , biarkan sejuk, boleh lah di potong.

Tuesday, September 4, 2012

Seri Muka


rujukan : www.myresipi.com

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  8. Untuk lapisan atas:-
  9. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  10. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  11. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  12. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  13. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Donut

Rujukan : www.myresipi.com


Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Kuih Lapis


www.myresipi.com

Bahan-bahan 

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

Monday, September 3, 2012

Kek Coklat (Kukus)


rujukan www.myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.

Kek Coklat


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Nasi Beriani Ringkas

Rujukan www.myresipi.com

Nasi Beriani Ringkas

Bahan-bahan ( 6 - 7 orang )

  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*(*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis
  • Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garan secukup rasa
  • Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
  2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
  3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
  5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.

Sunday, September 2, 2012

Biskut Semperit


Sebenarnya biskut ni umie buat masa seminggu sebelum raya tapi selepas raya baru berkesempatan upload ke blog ni.. maklumlah dekat-dekat nak raya sibuk betul.. sampai tak menang tangan..baju raya anak pun jahit masa dalam seminggu nak raya juga... tapi semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan...

Saturday, September 1, 2012

Koleksi Resepi

Talam Keladi.

Bahan-bahan (Loyang 10 x 10 cm)

Bahagian Atas:
2 cawan gula pasir.
4 cawan santan pekat.
3 helai daun pandan.
2 cawan tepung gandum.
1 biji telur.
1 st garam.
1st pewarna ungu.

Bahagian Bawah:
4 cawan santan cair.
2 cawan tepung beras.
1 cawan keladi dadu siap direbus.
1 biji telur.
1 st garam.

Cara-cara :

1. Untuk bahagian atas

 Satukan santan pekat, gula pasir dan daun pandan, Jerang atas dapur dengan api perlahan hingga
 menggelegak. Tutup api biar sejuk betul
 Setelah sejuk masukkan tepung pukul rata  dan masukkan telur yang dipukul ringan dengan garam.
 Kacau rata , kemudian tapis dan campurkan pewarna ungu.

2. Untuk bahagian bawah
   Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dengan garam dan dikacau rata, tapis dan
   masukkan dalam periuk, jerang dengan api perlahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel.
   Setelah pekat masukkan keladi dadu dan kacau rata.
   Tuang ke dalam loyang yang siap dialas dengan plastik 14" x14",ratakan adunan dan  kukus selama 5 minit.
   Tuangkan bahagian atas perlahan2 dan kukus semula, dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap di
    atas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15.  minit. Penutup pengukus mesi di bungkus
    dengan kain dan kukus dengan api perlahan.



Puding Jagung.


Resepinya umie ambil dapat dari my resipi.com....memang mudah, senag, cepat dan yang penting sekali buat terus menjadi... selamat mencuba.

Puding Jagung.

1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis 
3/4 cawan gula.
1.5 cawan susu cair.

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Kacau dengan api perlahan atau sederhana sehingga berkilat.
3. Masukkan dalam loyang dan biarkan sejuk.

Koleksi Resepi

Rujukan : www.myresipi.com

Kek Coklat Moist

1 cawan serbuk coklat.
1 cawan gula perang
1 cawan susu coklat Dutch Lady.
1 cawan minyak masak.
1/2 cawan susu pekat.
1.5 cawan tepung gandum di ayak dgn 1 sk soda bikabonat + 1 sk serbuk penaik).
3 biji telur.


1. Ayak tepung+ soda + serbuk penaik, asingkan.
2. Masukkan coklat + gula perang + susu coklat + minyak+susu kedalam periuk , kacau api perlahan hingga larut. Tutup api.
3. Pukul telur dan masukkan bahan no. 2.
4. Masukkan tepung+ soda tadi dan kacau.
5. Lumur majerin pada loyang , masukkan adunan, kukus selama 1 jam.
6. Untuk topping : cairkan 2 sudu marjerin. 1, 1 sudu sebuk coklat dan 3 sudu susu pekat manis.
7. Untuk hasil terbaik lepas kek siap dikukus ,letakkan topping dan choc rice, biarkan semalaman,..lebih moist dan sedap.

Koleksi Resipi


Rujukan : www.myresipi.com

Puding Pelangi.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar2 (blh guna agar2 tali jugak)
  • 650ml air
  • 180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula - blh smpai 160g utk yg versi kurang manis lagi)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara

  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....sori ler, puding yg buat ari tu xmcm pelangi sgt baru je msk dlm fridge, anak I stir sket ngan jarinye - xsabor nk mkn :(

Kek Gula Hangus



Gambar tak sempat nak diambil.. resepinya umie ambil dari myresipi... pertama kali buat terus menjadi.... ini kali kedua umie membuatnya.

Bahan-bahan :

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas.
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis.
2 camt soda bikarbonat
2 camb mentega
4 biji telur

Cara Penyediaan:

1) Masak gula di dalam kuali hingga hangus (berwarna perang)
2) Masukkan air panas dan masak hingga gula cair.
3) Masukkan mentega, kacau dan biarkan sejuk.
4) Pukul telur hingga kembang dan pekat.
5) Masukkan susu pekat manis ke dalam telur dan kacau hingga sebati.
6) Masukkan tepung dan soda bikarbonat.
7) Masukkan air gula. kacau rata.
8) Perap selama 3-4 jam.
9) Bakar pada suhu 160-180 selama sejam.

Tuesday, August 28, 2012

Resepi Rempah Kari





Rempah Kari Daging/Ayam

Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih
1 batang kayu manis.
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 serbuk kunyit.

Cara-cara.

  • Cuci semua bahan kecuali serbuk kunyit ,jemur hingga kering.
  • Goreng tanpa minyak hingga wangi,kisar hingga halus. 
  • Tambahkan serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara.

REMPAH KARI IKAN.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering, goreng tanpa minyak hingga harum. Kemudian kisar halus. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

Di Petik dari  Dapur Tanpa Sempadan

Monday, August 6, 2012

Tat Nenas






Tat nenas adalah antara biskut raya yang akan umie sediakan saban tahun.. antara sebabnya ..anak2 suka sangat makan nat nenas ni ,resepinya pulak senang sangat ,..resepi ni umie ambil dari majalah SAJI... Memang mudah dan insyaallah menjadi....

Bahan-bahan :

 200 gram tepung gandum
100 gram tepung kastard
100 gram tepung jagung
100 gram gula aising.
250 gran butter cup.
Jem nenas.

Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard sedikit demi sedikit, gaul sebati dan menjadi ]   doh yang lembut.
3. Gunakan acuan tat nenas, masukkan inti jem nenas dan bakar pada suhu 180 darjah selama lebih kurang  
    10 -15 mint.

Sunday, June 10, 2012

Sulam Riben




Kebetulan cuti adalah sedikit untuk buat sulaman riben..dah lama tak buat..dah tak semahir dulu...Seronok dapat buat sulaman ..rujukan saya di sini 

Piza





Friday, June 8, 2012

Kek



Kek ni bukannya buat sendiri tapi 'buat' di kedai jer...sebab tak berapa mahir buat kek ni.

Kari Ayam



  • Ayam separuh di potong.
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih.*
  • 3 sudu rempah kari daging.
  • 1 tangkai daun kari.*
  • 2 batang kulit kayu manis.*
  • 3 biji bunga lawang.*
  • 3 biji buah pelaga.*
  • 1 inci halia.*
  • 3 biji bunga cengkih.*
  • sedikit kerisik.
  • 3 biji kentang.
  • 1 cawan santan .
  • Sedikit air asam jawa
Cara-cara.
  1. Tumis bahan * hingga garing.
  2. Masukkan pes kari daging dan kerisik,biar hingga wangi.
  3. Tambahkan sedikit air masukkan kentang yang telah di potong, biar hingga agak empuk dan agak kering.
  4. Masukkan ayam , gaul rata biar sebentar hingga masak.
  5. Masukkan santan dan biar hingga kentang empuk,
  6. Masukkan air asam jawa, biar sebentar dan angkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...