Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts
Sunday, March 25, 2012
Thursday, March 22, 2012
Sambil Bilis Darurat.
Salam sejahtera..kepada pengunjung blog umie...
Resepi ini umie namakan sambal bilis darurat kerana ada cerita di sebaliknya. Pada suatu masa dulu , masa tu umie Form 4..tup-tup ..tiba-tiba jer datang ler saudara ke rumah umie , masa tu dah pukul 1 pagi... tengah nyenyak tidur tu....., emak umie kejutkan dari tidur .."Bangun-bangun tolong mak masak."... Mimpi ker ni , ini bukan bulan puasa nak masak awal2 pagi....Nak menolak tak sampai hati sebab umie ni anak yang taat hehe..... apa lagi gosok-gosok mata ..basuh muka.....Nak masak apa ni....untuk apa?
Dah menjadi kebiasaan emak umie mesti nak jamu makanan berlauk bila orang datang rumah , tak kira pukul berapa... mak kata tetamu dtg ke rumah mesti di jamu sehingga kenyang....
Jadi waktu tu apa yang ada sajala kami masak..ini salah satu menu di tengah malam tu, yang lain-lain umie tak ingat...
Bahan-bahan :
3 genggam ikan bilis sederhana besar.
5 sdu makan cili kisar
3 biji bwg merah
1 biji bawang besar.
2 biji bwg putih.
10 batang kacang buncis.
Asam keping/asam jawa
Cara-cara :
- Tumis bwg putih dan bwg merah hingga garing.
- Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak.
- Masukkan kacang buncis.
- Masukkan ikan bilis yang telah di goreng gareng.
- Masukkan asam keping/asam jawa.
- Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
- Biar sebentar ,angkat
Posted by umie at 2:54 AM 0 comments
Labels: Masakan
Saturday, March 17, 2012
Kuey Tiau Goreng
Masakan di hujung minggu... untuk sarapan anak-anak.... simple jer..
Bahan-bahan:
2 biji bawang putih.
1 peket kuey tiau
2 sudu makan cili kisar,
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap .
Sedikit tauge dan kucai.
15 ekor udang kecil.
1 biji telur.
Cara-cara :
- Tumis bawang putih yang di racik halus hingga kuning
- Masukkan cili kisar, masak hingga wangi.
- Masukkan udang, masak sebentar.
- Masukkan sos tiram dan kicap.
- Masukan kuey tiau,kacau rata.
- Masukkan taugeh dan kucai. masak sebentar.
- Masukkan telur dan kacau rata dan hingga telur masak.
- Angkat dan hidang.
Posted by umie at 6:30 PM 0 comments
Labels: Masakan
Thursday, March 15, 2012
Apam Pisang
Gambar 1
Gambar 2
Apam pisang sangat mudah untuk disediakan di sini umie sertakan resepinya..
Bahan-bahan:
6 biji pisang bersaiz besar
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu teh tepung penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan gula
Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang emas dan masukkan gula
2. Gaul rata tepung gandum, soda bikarbonat dan tepung penaik.
3. Campurkan pisang dan tepung gandum. Gaul sebati.
4. Kukus selama 15-20 minit.
Sebenarnya gambar di atas (loyang dan gambar 1) warnanya coklat cerah sebab umie lebihkan tepung
Gambar 2 umie lebihkan pisang, jadi warnanya lebih gelap. Jadi resepi di atas tu kira ok.Untuk mudah, anggaran adunan seperti memasak cekodok pisang.Apa-apa pun jadi tetap jadi cuma rasanya sedikit berbeza.
Selamat Mencuba.
Posted by umie at 7:28 PM 0 comments
Labels: Masakan
Tepung Talam
Resepinya umie ambil dari www.hanieliza.blogspot.com , terima kasih banyak2 kepada tuan punya resepi, dah banyak kali umie buat , sedap rasanya anak-anak suka. umie ubah suai sikit lapisan atasnya, tapi bila potong x berapa cantik sebab tak guna pisau plastik sebagaimana yang disarankan...Nanti umie kongsikan resepinya yer..
Posted by umie at 7:14 PM 0 comments
Labels: Masakan
Monday, March 12, 2012
Karipap (20 biji)
Kebetulan minggu cuti sekolah so adalah sedikit masa memasak untuk anak-anak, resepinya simple jer,
Bahan-bahan :
Tepung gandum 300 gram
4 biji kentang sederhana besar
1/2 labu bawang besar
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 camca sedang serbuk kari daging
1 camca besar majerin.
2 ketul ayam (isi sahaja)
Cara-cara :
Bahan-bahan :
Tepung gandum 300 gram
4 biji kentang sederhana besar
1/2 labu bawang besar
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 camca sedang serbuk kari daging
1 camca besar majerin.
2 ketul ayam (isi sahaja)
Cara-cara :
- Tumis bawang merah, bwg putih hingga kuning, masukkan pes serbuk kari., masak hingga berbau wangi.
- Masukkan ayam yang di potong kecil-kecil dan kentang yg di potong dadu. Masak hingga kentang empuk dan biarkan sejuk.
- Untuk doh,panaskan periuk/kuali , masukkan majerin, masak hingga cair, biar sejuk.
- Campurkan marjerin dengan tepung, gaul rata.
- Masukkan air yg di campurkan dengan sedikit garam, sedikit demi sedikit, hingga menjadi doh yang lembut dan mudah di canai.
- Canai doh hingga nipis, masukkan inti dan goreng.
Selamat Mencuba , resipi boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing.
Posted by umie at 5:26 PM 0 comments
Labels: Masakan
Sunday, February 12, 2012
Masakan
Selain menjahit umie juga suka menyimpan koleksi resipi... banyaknya resipi yang disimpan tapi hanya sebahagian baru berkesempatan mencuba kerana kesibukan kerja , menguruskan anak-anak, melanjutkan pelajaran secara part time, biz part time lagi. dan macam-macam lagi,...banyak nya kerja yang nak di buat .. tapi umie boleh maintain lagi ..sebab umie ni jenis yang tak boleh 'duduk diam', dan sebab yang paling penting ialah suami umie sentiasa menyokong apa yang umie buat... termasuk membantu dalam membuat kerja-kerja rumah termasuklah memasak... terima kasih banyak2 untuk suami tersayang....
Posted by umie at 6:20 AM 0 comments
Labels: Masakan
Subscribe to:
Posts (Atom)
