Monday, March 12, 2012

Karipap (20 biji)

Kebetulan minggu cuti sekolah so adalah sedikit masa memasak untuk anak-anak,  resepinya simple jer,



Bahan-bahan :

Tepung gandum 300 gram
4 biji kentang sederhana besar
1/2 labu bawang besar
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 camca sedang serbuk kari daging
1 camca besar majerin.
2 ketul ayam (isi sahaja)

Cara-cara :


  1. Tumis bawang merah, bwg putih hingga kuning, masukkan pes serbuk kari., masak hingga berbau wangi.
  2. Masukkan ayam yang di potong kecil-kecil dan kentang yg  di potong dadu. Masak hingga kentang empuk dan biarkan sejuk.
  3. Untuk doh,panaskan periuk/kuali , masukkan majerin, masak hingga cair, biar sejuk.
  4. Campurkan marjerin  dengan tepung, gaul rata.
  5. Masukkan air yg di campurkan dengan sedikit garam, sedikit demi sedikit, hingga menjadi doh yang lembut dan mudah di canai.
  6. Canai doh hingga nipis, masukkan inti dan goreng.        
          Selamat Mencuba , resipi boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...