Monday, September 3, 2012

Nasi Beriani Ringkas

Rujukan www.myresipi.com

Nasi Beriani Ringkas

Bahan-bahan ( 6 - 7 orang )

  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*(*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis
  • Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garan secukup rasa
  • Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
  2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
  3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
  5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.

Sunday, September 2, 2012

Biskut Semperit


Sebenarnya biskut ni umie buat masa seminggu sebelum raya tapi selepas raya baru berkesempatan upload ke blog ni.. maklumlah dekat-dekat nak raya sibuk betul.. sampai tak menang tangan..baju raya anak pun jahit masa dalam seminggu nak raya juga... tapi semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan...

Saturday, September 1, 2012

Koleksi Resepi

Talam Keladi.

Bahan-bahan (Loyang 10 x 10 cm)

Bahagian Atas:
2 cawan gula pasir.
4 cawan santan pekat.
3 helai daun pandan.
2 cawan tepung gandum.
1 biji telur.
1 st garam.
1st pewarna ungu.

Bahagian Bawah:
4 cawan santan cair.
2 cawan tepung beras.
1 cawan keladi dadu siap direbus.
1 biji telur.
1 st garam.

Cara-cara :

1. Untuk bahagian atas

 Satukan santan pekat, gula pasir dan daun pandan, Jerang atas dapur dengan api perlahan hingga
 menggelegak. Tutup api biar sejuk betul
 Setelah sejuk masukkan tepung pukul rata  dan masukkan telur yang dipukul ringan dengan garam.
 Kacau rata , kemudian tapis dan campurkan pewarna ungu.

2. Untuk bahagian bawah
   Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dengan garam dan dikacau rata, tapis dan
   masukkan dalam periuk, jerang dengan api perlahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel.
   Setelah pekat masukkan keladi dadu dan kacau rata.
   Tuang ke dalam loyang yang siap dialas dengan plastik 14" x14",ratakan adunan dan  kukus selama 5 minit.
   Tuangkan bahagian atas perlahan2 dan kukus semula, dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap di
    atas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15.  minit. Penutup pengukus mesi di bungkus
    dengan kain dan kukus dengan api perlahan.



Puding Jagung.


Resepinya umie ambil dapat dari my resipi.com....memang mudah, senag, cepat dan yang penting sekali buat terus menjadi... selamat mencuba.

Puding Jagung.

1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis 
3/4 cawan gula.
1.5 cawan susu cair.

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Kacau dengan api perlahan atau sederhana sehingga berkilat.
3. Masukkan dalam loyang dan biarkan sejuk.

Koleksi Resepi

Rujukan : www.myresipi.com

Kek Coklat Moist

1 cawan serbuk coklat.
1 cawan gula perang
1 cawan susu coklat Dutch Lady.
1 cawan minyak masak.
1/2 cawan susu pekat.
1.5 cawan tepung gandum di ayak dgn 1 sk soda bikabonat + 1 sk serbuk penaik).
3 biji telur.


1. Ayak tepung+ soda + serbuk penaik, asingkan.
2. Masukkan coklat + gula perang + susu coklat + minyak+susu kedalam periuk , kacau api perlahan hingga larut. Tutup api.
3. Pukul telur dan masukkan bahan no. 2.
4. Masukkan tepung+ soda tadi dan kacau.
5. Lumur majerin pada loyang , masukkan adunan, kukus selama 1 jam.
6. Untuk topping : cairkan 2 sudu marjerin. 1, 1 sudu sebuk coklat dan 3 sudu susu pekat manis.
7. Untuk hasil terbaik lepas kek siap dikukus ,letakkan topping dan choc rice, biarkan semalaman,..lebih moist dan sedap.

Koleksi Resipi


Rujukan : www.myresipi.com

Puding Pelangi.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar2 (blh guna agar2 tali jugak)
  • 650ml air
  • 180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula - blh smpai 160g utk yg versi kurang manis lagi)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara

  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....sori ler, puding yg buat ari tu xmcm pelangi sgt baru je msk dlm fridge, anak I stir sket ngan jarinye - xsabor nk mkn :(

Kek Gula Hangus



Gambar tak sempat nak diambil.. resepinya umie ambil dari myresipi... pertama kali buat terus menjadi.... ini kali kedua umie membuatnya.

Bahan-bahan :

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas.
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis.
2 camt soda bikarbonat
2 camb mentega
4 biji telur

Cara Penyediaan:

1) Masak gula di dalam kuali hingga hangus (berwarna perang)
2) Masukkan air panas dan masak hingga gula cair.
3) Masukkan mentega, kacau dan biarkan sejuk.
4) Pukul telur hingga kembang dan pekat.
5) Masukkan susu pekat manis ke dalam telur dan kacau hingga sebati.
6) Masukkan tepung dan soda bikarbonat.
7) Masukkan air gula. kacau rata.
8) Perap selama 3-4 jam.
9) Bakar pada suhu 160-180 selama sejam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...