Tuesday, March 20, 2012

Piza




Resepi kedua umie hari ini ialah piza.... anak balik dari sekolah sesi petang terus makan panas-panas.. selepas umie sediakan asam pedas daging tadi , umie sediakan piza pula.....anak-anak tak berapa suka makan nasi, piza ni antara makanan kegemaran anak-anak umie. Resepi boleh kongsi sama-sama yer..


Bahan-bahan untuk doh:

2 cawan tepung protein tinggi (tepung gandum pun boleh)
1 sudu makan minyak.
2 sudu teh yis mauripan.
1 cawan air suam
sedikit garam

Cara-cara.

  1. Gaulkan tepung dan yis, masukkan minyak.
  2. Masukkan air suam yang dicampurkan garam ,uli hingga jadi doh yang lembut.
  3. Biar doh selama 2 jam atau naik 2 kali ganda.
Bahan-bahan topping :

1 sudu cili kisar
1 biji bawang besar.
1 biji tomato
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah.
2 batang chicken franfurter jenama Ramly Burger
Keju parut.

Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  2. Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato yang telah dikisar bersama bawang besar.
  4. Masak hingga pekat.
  5. Biar sejuk.
  6. Letakkan di atas base piza,tabur frankfurter yang dipotong nipis dan keju parut dan bakar suhu 180 darjah selama 15 - 20 minit.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...