Saturday, April 28, 2012

Birthday Cake


Monday, April 16, 2012

Apam Pisang




Thursday, April 12, 2012

Asam Pedas Ikan Pari



Bahan-bahan

1/2 ekor ikan pari di potong
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
2 biji tomato
Air asam jawa
Daun kesum
Garam
Bendi atau terung jika suka
(umie tak letak kali ni sebab habis stok)


Cara-cara :

Tumis bawang putih dan merah.
Masukkan cili kisar, biar hingga masak 
Masukkan ikan pari, biar sebentar
Masukkan tomato yang di potong 4
Masukkan daun kesum dan masak sebentar.
Angkat dan hidang


Wednesday, April 4, 2012

PIZZA


Assalamualaikum..!

Hari ini umie masak pizza lagi.. sebab anak suka n sebab senang juga....


Ini pizza yang belum di masak.


Ini pula pizza yang telah siap di masak


Ini pula pizza yang telah sedia untu di makan,

Ini adalah resepinya.. sama seperti yang umie pernah pos sebelum ini cuma kali ini umie tambah hirisan nugget ayam

PIZZA

Bahan-bahan untuk doh:

2 cawan tepung protein tinggi (tepung gandum pun boleh)
1 sudu makan minyak.
2 sudu teh yis mauripan.
1 cawan air suam
sedikit garam

Cara-cara.

  1. Gaulkan tepung dan yis, masukkan minyak.
  2. Masukkan air suam yang dicampurkan garam ,uli hingga jadi doh yang lembut.
  3. Biar doh selama 2 jam atau naik 2 kali ganda.
Bahan-bahan topping :

1 sudu cili kisar
1 biji bawang besar.
1 biji tomato
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah.
2 batang chicken franfurter jenama Ramly Burger
Keju parut.

Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  2. Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato yang telah dikisar bersama bawang besar.
  4. Masak hingga pekat.
  5. Biar sejuk.
  6. Letakkan di atas base piza,tabur frankfurter yang dipotong nipis dan keju parut dan bakar suhu 180 darjah selama 15 - 20 minit.

Sunday, March 25, 2012

Kaswi Tepung Gandum










Thursday, March 22, 2012

Sambil Bilis Darurat.






Salam sejahtera..kepada pengunjung blog umie...


Resepi ini umie namakan sambal bilis darurat kerana ada cerita di sebaliknya. Pada suatu masa dulu , masa tu umie  Form 4..tup-tup ..tiba-tiba jer datang ler saudara ke rumah umie , masa tu dah pukul 1 pagi... tengah nyenyak tidur tu....., emak umie kejutkan dari tidur .."Bangun-bangun tolong mak masak."... Mimpi ker ni , ini bukan bulan puasa nak masak awal2 pagi....Nak menolak tak sampai hati sebab umie ni anak yang taat hehe..... apa lagi gosok-gosok mata ..basuh muka.....Nak masak apa ni....untuk apa?

Dah menjadi kebiasaan emak umie mesti nak jamu makanan berlauk bila orang datang rumah , tak kira pukul berapa... mak kata tetamu dtg ke rumah mesti di jamu sehingga kenyang....

Jadi waktu tu apa yang ada sajala kami masak..ini salah satu menu di tengah malam tu, yang lain-lain umie tak ingat...

Bahan-bahan :

3 genggam ikan bilis sederhana besar.
5 sdu makan cili kisar
3 biji bwg merah
1 biji bawang besar.
2 biji bwg putih.
10 batang kacang buncis.
Asam keping/asam jawa

Cara-cara :
  1. Tumis bwg putih dan bwg merah hingga garing.
  2. Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan kacang buncis.
  4. Masukkan ikan bilis yang telah di goreng gareng.
  5. Masukkan asam keping/asam jawa.
  6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
  7. Biar sebentar ,angkat





Tuesday, March 20, 2012

Piza




Resepi kedua umie hari ini ialah piza.... anak balik dari sekolah sesi petang terus makan panas-panas.. selepas umie sediakan asam pedas daging tadi , umie sediakan piza pula.....anak-anak tak berapa suka makan nasi, piza ni antara makanan kegemaran anak-anak umie. Resepi boleh kongsi sama-sama yer..


Bahan-bahan untuk doh:

2 cawan tepung protein tinggi (tepung gandum pun boleh)
1 sudu makan minyak.
2 sudu teh yis mauripan.
1 cawan air suam
sedikit garam

Cara-cara.

  1. Gaulkan tepung dan yis, masukkan minyak.
  2. Masukkan air suam yang dicampurkan garam ,uli hingga jadi doh yang lembut.
  3. Biar doh selama 2 jam atau naik 2 kali ganda.
Bahan-bahan topping :

1 sudu cili kisar
1 biji bawang besar.
1 biji tomato
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah.
2 batang chicken franfurter jenama Ramly Burger
Keju parut.

Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  2. Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato yang telah dikisar bersama bawang besar.
  4. Masak hingga pekat.
  5. Biar sejuk.
  6. Letakkan di atas base piza,tabur frankfurter yang dipotong nipis dan keju parut dan bakar suhu 180 darjah selama 15 - 20 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...