Tuesday, March 20, 2012

Asam Pedas Daging





Resepi ini umie ambil dari buku 1 hari 1 Resipi... sedap sangat rasanya.. tak rugi beli buku ni..berbaloi-baloi,Ini adalah resepi pertama yang umie cuba dari buku ini..Balik kerja teus buat kebetulan bahan-bahannya semua ada....lepas buat kerja rumah apa yang patut, mengadap laptop pulak untuk siapkan assignment,  sambil-sambil buat assignment yang nak dihantar hujung minggu ni umie post kan resepi yang umie masak hari ini. 

Di sini umie kongsikan resepinya, Umie gunakan bahan-bahan separuh daripada resepi sebenar.

Bahan A :

10 tangkai cili kering.
6 biji bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1.5 inci halia
3 batang serai.
1.5 inci lengkuas.
3 biji buah keras.
Sedikit belacan (Umie tak guna pun).

Bahan B

500gram daging.
7 helai daun limau purut.
1 pokok daun ketumbar.
2 biji tomato.
2 cawan air
1 cawan air asam jawa.
3 sudu makan minyak masak.
Garam

Cara-cara :


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
  2. Masukkan daging dan biar hingga pecah minyak semula.
  3. Masukkan air asam jawa. Biar seketika masukkan air.
  4. Didihkan hingga daging empuk.
  5. Masukkan daun limau purut dan tomato.
  6. Angkat dan hidangkan, hias dengan daun ketumbar.

Monday, March 19, 2012

1 Hari 1 Resepi


Buku ini umie beli sebanyak 2 naskhah sebab satu untuk umie sendiri manakala satu lagi untuk dihadiahkan kepada kawan yang baru melangsungkan perkahwinan. Susah juga nak dapatkan buku, hanya dijual di kedai buku yang popular sahaja.

Sunday, March 18, 2012

Saturday, March 17, 2012

Kuey Tiau Goreng


Masakan  di hujung minggu... untuk sarapan anak-anak.... simple jer..

Bahan-bahan:

2 biji bawang putih.
1 peket kuey tiau
2 sudu makan cili kisar,
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap .
Sedikit tauge dan kucai.
15 ekor udang kecil.
1 biji telur.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih yang di racik halus hingga kuning
  2. Masukkan cili kisar, masak hingga wangi.
  3. Masukkan udang, masak sebentar.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap.
  5. Masukan kuey tiau,kacau rata.
  6. Masukkan taugeh dan kucai. masak sebentar.
  7. Masukkan telur dan kacau rata dan hingga telur masak.
  8. Angkat dan hidang.


Thursday, March 15, 2012

Apam Pisang

Gambar 1
Gambar 2
Apam pisang sangat mudah untuk disediakan di sini umie sertakan resepinya..

Bahan-bahan:

6 biji pisang bersaiz besar
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu teh tepung penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan gula

Cara-cara:

1. Lenyekkan pisang emas dan masukkan gula
2. Gaul rata tepung gandum, soda bikarbonat dan tepung penaik.
3. Campurkan pisang dan tepung gandum. Gaul sebati.
4. Kukus selama 15-20 minit.

Sebenarnya gambar di atas (loyang  dan gambar 1) warnanya coklat cerah sebab umie lebihkan tepung
Gambar 2  umie lebihkan pisang, jadi warnanya lebih gelap.  Jadi resepi di atas tu kira ok.Untuk mudah, anggaran adunan seperti memasak cekodok pisang.Apa-apa pun jadi tetap jadi cuma rasanya sedikit berbeza.

Selamat Mencuba.

Tepung Talam



Resepinya umie ambil dari www.hanieliza.blogspot.com , terima kasih banyak2 kepada tuan punya resepi, dah banyak kali umie buat , sedap rasanya anak-anak suka. umie ubah suai sikit lapisan  atasnya, tapi bila potong x berapa cantik sebab tak guna pisau plastik sebagaimana yang disarankan...Nanti umie kongsikan resepinya yer..


Monday, March 12, 2012

Karipap (20 biji)

Kebetulan minggu cuti sekolah so adalah sedikit masa memasak untuk anak-anak,  resepinya simple jer,



Bahan-bahan :

Tepung gandum 300 gram
4 biji kentang sederhana besar
1/2 labu bawang besar
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 camca sedang serbuk kari daging
1 camca besar majerin.
2 ketul ayam (isi sahaja)

Cara-cara :


  1. Tumis bawang merah, bwg putih hingga kuning, masukkan pes serbuk kari., masak hingga berbau wangi.
  2. Masukkan ayam yang di potong kecil-kecil dan kentang yg  di potong dadu. Masak hingga kentang empuk dan biarkan sejuk.
  3. Untuk doh,panaskan periuk/kuali , masukkan majerin, masak hingga cair, biar sejuk.
  4. Campurkan marjerin  dengan tepung, gaul rata.
  5. Masukkan air yg di campurkan dengan sedikit garam, sedikit demi sedikit, hingga menjadi doh yang lembut dan mudah di canai.
  6. Canai doh hingga nipis, masukkan inti dan goreng.        
          Selamat Mencuba , resipi boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...