Thursday, August 7, 2014

Puding Jagung

1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3/4 cawan guls
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara :

Satukan semua bhn dalam kuali/periuk
Kacau hingga pekat dan berkilat diatas api yg perlahan

Thursday, August 15, 2013

KUIH KASWI


Resepi kaswi yang mudah ini saya ambil dari www.yatiememories.blogspot.com terima kasih kerana
dapat berkongsi resepi yang mudah ,senang dan sedap di makan ini. Tapi gambar nya tak sempat nak di ambil


Bahan Sirap :

·                     5 cawan air
·                     1 cawan gula merah
·                     1 cawan gula pasir
·                     *saya tambah beberapa helai daun pandan
1.            Masakkan semua dan sejukkan
Bahan lain :

·                     2 cawan tepung gandum
·                     1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung (saya guna tepung ubi)
·                     1 sudu kecil kapur kueh [optional]
·                     Kelapa parut ( yang muda)
·                     Sedikit garam
Cara :

1.            Panaskan kukusan.
2.            Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
3.            Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4.            Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
5.            Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6.            Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7.            Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Tuesday, December 25, 2012

Talam Cendol




Resepi ni saya ambil dari yatiememories . Jom kita kongsi sama-sama yer. Pertama kali buat
terus menjadi tapi saya kurangkan sedikit kepekatan santan sebab saya tak suka terlalu lemak. Tapi maaf yer gambarnya tak berapa cantik. Tapi rasanya memang sedap , siap boleh   
bagi kawan-kawan. Semua kawan puji sedap dan tanya " order dari mana....?" Tersenyum saya mendengar pertanyaan kawan-kawan.




Lapisan bawah
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat* (saya guna 200ml santan 50ml air jer)
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A

  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat (saya guna 100ml santan 150ml air)
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit



Monday, December 24, 2012

Baju Kurung



Assalamualaikum semua.

Baju kurung ini , saya jahit sendiri, kainnya pemberian kawan-kawan sempena pertukaran saya ke tempat kerja baru..Terima kasih banyak2 kepada sahabat ku , Kalian sentiasa dalam kenangan.

Sunday, December 23, 2012

Ikan Siakap Masak Masam Manis




Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap.
3 biji bawang merah.
1 ulas bawang putih.
½ inci halia (dihiris)
3 sudu makan sos tomato.
2 sudu makan sos cili.
1 biji ili merah (saya guna cili padi)
Daun sup dan daun ketumbar (saya gantikan bunga kubis, kcg buncis dan carrot)
1/2cawan air.
½ biji tomato
Minyak
Garam
Kunyit.


Cara-cara :

1.       Ikan di lumur dengan garam dan kunyit.
2.       Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
3.       Tumis bawang merah, bawang putih, halia
4.       Masukkan sos tomato, sos cili dan air.
5.       Kemudian masukkan lobak merah,kacang buncis, cili padi dan bunga kubis.
6.       Masak hingga pekat dan tuang di atas ikan siakap.
8.       Hidangkan.



Sunday, December 16, 2012

Ayam Panggang Madu


Roti Jala



Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan air.
1 biji telur.
Sedikit pewarna kuning.

Cara-cara :

1. Campurkan tepung gandum dan air. kacau sebati, lebih mudah gunakan blender
2. Masukkan telur dan kacau  lagi.
3. Masak roti jala menggunakan kuali leper dengan menggunakan acuannya


Selamat Mencuba.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...