Resepi kedua umie hari ini ialah piza.... anak balik dari sekolah sesi petang terus makan panas-panas.. selepas umie sediakan asam pedas daging tadi , umie sediakan piza pula.....anak-anak tak berapa suka makan nasi, piza ni antara makanan kegemaran anak-anak umie. Resepi boleh kongsi sama-sama yer..
Bahan-bahan untuk doh:
2 cawan tepung protein tinggi (tepung gandum pun boleh)
1 sudu makan minyak.
2 sudu teh yis mauripan.
1 cawan air suam
sedikit garam
Cara-cara.
Bahan-bahan untuk doh:
2 cawan tepung protein tinggi (tepung gandum pun boleh)
1 sudu makan minyak.
2 sudu teh yis mauripan.
1 cawan air suam
sedikit garam
Cara-cara.
- Gaulkan tepung dan yis, masukkan minyak.
- Masukkan air suam yang dicampurkan garam ,uli hingga jadi doh yang lembut.
- Biar doh selama 2 jam atau naik 2 kali ganda.
Bahan-bahan topping :
1 sudu cili kisar
1 biji bawang besar.
1 biji tomato
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah.
2 batang chicken franfurter jenama Ramly Burger
2 batang chicken franfurter jenama Ramly Burger
Keju parut.
Cara-cara :
- Tumis bawang putih dan bawang merah.
- Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak.
- Masukkan tomato yang telah dikisar bersama bawang besar.
- Masak hingga pekat.
- Biar sejuk.
- Letakkan di atas base piza,tabur frankfurter yang dipotong nipis dan keju parut dan bakar suhu 180 darjah selama 15 - 20 minit.
0 comments:
Post a Comment