Thursday, February 16, 2012

Emas Perhiasan dan Pelaburan

Bertuahnya umie rasa menjadi seorang perempuan, isteri dan ibu. Sebaik-baik perhiasan adalah isteri solehah.. umie bukan nak berbicara pasal isteri solehah pada kali ini tapi tentang perhiasan :) ..agak-agaknya apa perhiasan yang disukai oleh wanita.. hmmm umie rasa tentunya barang kemas kan..umie cakap begitu sebab umie pun suka dengan barang kemas terutama emas 916..selain untuk perhiasan ianya juga adalah satu pelaburan. Banyak kelebihannya menyimpan emas ..nanti umie sambung yer

   Saya sambung ... emas ni bak kata pepatah..diam-diam ubi..makin diam makin berisi maksudnya semakin lama di simpan semakin bernilai....Di sini umie kongsikan kelebihan emas yang umie dapat daripada beberapa blog.

1. Suatu bentuk pelaburan jangka sederhana dan panjang.
2. Penyimpan nilai makin lama simpan makin bernilai.
3. Sebagai jihad ekonomi menentang matawang dolar


1,

Monday, February 13, 2012

Mesin Jahit Umie

Mesin-mesin jahit ni sgt berjasa kepada umie sejak bertahun-tahun dulu.. dah berpasang-pasang baju dijahit dgn mesin ini...........Pernah terlintas di hati nak let go mesin-mesin ni sbb selagi ada mesin selagi tu umie gatal tangan nak menjahit. ..walau sesibuk mana pun..umie berkesempatan juga 'menjenguk' mesin-mesin ni untuk menjahit lah apa lagi.... tapi bila di fikir balik.. betapa sygnya umie pada mesin-mesin ni.....Sebenarnya umie ada 3 mesin jahit iaitu mesin jahit biasa, mesin jahit tepi dan mesin jahit sulaman tapi disebabkan kesibukan umie let go juga mesin jahit sulaman sbb kerja-kerja sulaman memerlukan tumpuan dan ketelitian dan memerlukan masa yg panjang.




Sunday, February 12, 2012

Masakan

Selain menjahit umie juga  suka menyimpan koleksi resipi... banyaknya resipi yang disimpan tapi hanya sebahagian baru berkesempatan mencuba kerana kesibukan kerja , menguruskan anak-anak, melanjutkan pelajaran secara part time, biz part time lagi. dan macam-macam lagi,...banyak nya kerja yang nak di buat .. tapi umie boleh maintain lagi ..sebab umie ni jenis yang tak boleh 'duduk diam', dan sebab yang paling penting ialah suami umie sentiasa menyokong apa yang umie buat... termasuk  membantu dalam membuat kerja-kerja rumah termasuklah memasak... terima kasih banyak2 untuk suami tersayang....

Jahitan

Ini merupakan sebahagian koleks buku jahitan umie.. menjahit hanya sekadar hobi masa cuti sejak 10 tahun yang lalu.... bukan setakat ratusan malahan ribuan ringgit dapat di jimatkan wapaupun hanya sekar menjahit pakaian sendiri dan anak-anak. Walaupun teknik-teknik jahitan boleh dipelajari melalui buku tetapi adalah lebih baik jika di pelajari dengan berguru dengan orang mempunyai kemahiran.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...